WELCOME TO MY ONLINE DIARY / BEHAVE YOURSELF . +Follow | Dashboard

/Milik Allah S.W.T


Alhamdulillah ,Terima Kasih !



Editted :Karmila
Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome



The Most Wanted :')
Sunday 21 July 2013 | 18:24 | 2 comments
Bismillahirrahmanirrahim .
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :')

Alhamdulillah , dapat juga Mila menaip sebuah lagi entry pada hari ini . Pada dasarnya , pasti ramai yang tertanya kenapa Mila masih dapat menaip entry sedangkan hari ini hari Isnin yang mulia iaitu hari PERSEKOLAHAN . MasyaAllah . Sukar untuk dijawab sebenarnya . Hihi .

Kisah sebenarnya ialah Mila masih demam pada hari ini . Demam ini sebenarnya dari minggu  lepas lagi . Taklah teruk tapi pada pagi ini , selsema teruk sangat . Dah berapa sapu tangan dah Mila tukar start dari malam tadi sampai tengah pagi sampai ke sahur sampai ke pukul tujuh . Perghh , ada dekat 5 helai jugak . Bukan yang saiz kecil tau . Tapi yang panjang cam tuala Good Morning tuu . See , gelikan ? Okay . So Mila malu sangat nak pergi sekolah .

Mila dah makan dah segala ubat demam dan panadol , Alhamdulillah . Tak berkurang . Takpee . Dah berapa hari dah Allah bagi nikmat sihat . Sesekali Allah ambil nikmat tuu sikit , kita takyah lah touching sangat . Anyway , Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya yang hina ini . Walaupun Mila demam dan selsema dan BATUK yang teruk , Alhamdulillah .. Mila masih mampu ke sekolah minggu lepas . Masih bertenaga untuk berpuasa . Cuma hari ini je takpergi sekolah .. Selsema tuu .. Bunyi dia , erkk -,- paham paham lah ea . Hihi .

Mila sebenarnya ada banyak nak cerita , tapi Mila dah pening lalat dah ni :)
So let me straight to the pointlaa ea . Okay , nampak tak tajuk kat atas tuu .. Nampak ?
Alhamdulillah . Masih dikurniakan NIKMAT PENGLIHATAN dari Allah S.W.T .
Mila nak cakap pasal tajuk tulah sebenarnya ..
Aiks ? THE MOST WANTED ? Ape tuu , nama band english ke ? MasyaAllah .
Bukan sayang sayangku sekalian ..

The Most Wanted yang Mila maksudkan disini adalah WANITA ... Wanita Yang Paling Diidam Oleh Lelaki . Chehh poott . Haha .
Apakah ciri ciri yang dipertandingkan , *hiihi .
Adakah lelaki suka akan wanita yang :
Cantik , Ayu , Ramping , Menawan ,Hots ?

Pada pendapat Mila , memang lelaki suka pun perempuan dengan ciri ciri di atas . Wey , sapa taknak bini yang cun lecun lawa lagi menawan . Muslimah pun mesti nakkan Husband yang smart hengsem lagi macho bergaya kann ?

Actually , semua kriteria di atas , tidaklah mampu menjamin kebahagiaan sesebuah hubungan . Bak kata pujangga : " Cinta Akan Bunga Bunga Akan Layu "
See , macam tu jugakla kalau kita cintakan sifat sifat keduniaan seperti : Cantik handsome
Belum pasti kekal , kerana segala yang bersifat lahiriah ini , adalah tidak kekal sama sekali .

Bayangkan andai anda (wanita) disukai dicintai disayangi kerana kecantikan wajah anda serta sikap anda yang manja . Andai anda terlibat dalam sebuah kemalangan ngeri dimana wajah mulus anda menjadi taruhan , apakah si dia mampu menerima anda seperti dulu ? Mila rasa kalau dia terima pun , pasti ada sedikit kesal di hatinya . Pasti dia menyesal memilih anda kerana dia malu or etc ...

Namun cuba bayangkan anda (Muslimah) yang cukup halus budi pekerti , indah besopan santun serta menjaga agama . Walaupun anda sederhana sahaja orangnya , pasti ramai yang akan mencintai anda . Bukan kerana sifat luaran anda tetapi kerana kecantikan akhlak anda . See , indahnya sebuah perhubungan apabila menepati syariat agama .

Sepanjang Mila belajar di sekolah , Mila mengenali pelbagai guru . Dan seorang ustaz ada menyatakan bahawa ,

Maruah Wanita Itu Terletak Pada Penampilannya  

Maka , tidakkah para wanita itu sehrusnya malu dengan diri sendiri ? Mila yang mendengar kata ustaz itu sebenarnya amat malu . Sangat Malu . Hingga kadangkala . Mila terasa Mila tidak layak untuk menjadi umat Nabi Muhammad Yang Mulia , kerana kesalahan lalu Mila ...

Namun , wanita seharusnya bijak mengubah diri . Fikirlah apa yang terbaik bagi diri anda . InsyaAllah . Allah bersama Anda :)
Assalamualaikum .